Kemunculan Faisal Halim Raih Perhatian Orang Thailand
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Kemunculan semula pemain sayap lincah Selangor FC, Faisap Halim mencuri perhatian orang Thailand.

Pemain berusia 26 tahun itu diletakkan di bangku simpanan ketika aksi separuh akhir Piala FA menentang Terengganu FC.

Ad

Kehadiran tonggai Harimau Malaya itu jelas memberikan suntikan tambahan kepada anak didik Nidzam Jamil untuk memperagakan aksi luar biasa.

Ad

Skuad Gergasi Merah mencipta kebanggaan apabila menundukkan Terengganu FC dengan keputusan 4-1 untuk mara ke final Piala FA 2024.

Perkara ini sampai kepada pengetahuan wartawan Thailand, Ta Lao yang memberikan respon positif dan sokongan kepada Faisal Halim.

Ad

“Ini sangat menakjubkan,” ujarnya selepas melihat foto Faisal Halim di bangku simpanan.

Ad

Aura anak jati Mengkuang Titi ini sampai kepada pemain Selangor apabila menjaringkan 4 gol di hadapan penyokong sendiri.

Ad

Kemunculan Faisal merupakan kali pertama selepas 4 bulan susulan kejadian simbah asid yang menimpa dirinya pada bulan Mei yang lalu.