Kenangan 4 Jaringan Luqman Hakim Di Asia Kembali Jadi Bualan
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Nama penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin kembali menjadi bualan peminat bola sepak Asia hari ini.

Ini selepas akaun X Piala Asia AFC memuatnaik klip video empat jaringan gol yang dihasilkannya semasa menentang Tajikistan dalam Kejohanan AFC Bawah 16 Tahun (B-16) edisi 2018.

Aksi pertama Kumpulan A itu menyaksikan skuad negara yang dibimbing Lim Teong Kim itu meraih kemenangan besar 6-2 ke atas Tajikistan.

Advertisements

Luqman meledakkan gol pada minit ke-30, 42, 46 dan 66. Sementara dua lagi gol Harimau Muda disumbang menerusi penalti Najmudin Akmal Ahmad Kamal (minit ke-33) dan penalti Alif Mutalib (minit ke-76).

Manakala Tajikistan pula menyumbat dua gol saguhati menerusi Rahmatov Sharifbek (minit ke-72) dan Zairov Islom (minit ke-91). Luqman kemudiannya dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Meskipun skuad negara gagal layak ke suku akhir, Luqman dipilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol.

Advertisements

Menariknya, lima pemain daripada skuad B-16 negara ketika itu bakal membuat penampilan dalam Piala Asia B-23 2024 di Qatar.

Mereka ialah Luqman, Najmudin Akmal, Sikh Izhan Nazrel, Umar Hakeem Suhar Rezwan dan Zikri Khalili.

Bisa penyerang Yokohama Sports & Culture Club (Yokohama SCC) itu dijangka ditagih jurulatih skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido apabila kejohanan bermula pada 15 April ini.

Advertisements

Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama negara serantau Vietnam, Uzbekistan dan Kuwait. Malaysia membuka kempen kumpulan dengan menentang Uzbekistan pada 17 April.

Ini disusuli perlawanan menentang Vietnam pada 20 April sebelum perlawanan terakhir menentang Kuwait pada 23 April.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram