Kenapa Pengadil Pakai Kad Bulat?
MakanBola
Gary Oakley/Sportimage/IMAGO
Sponsors

Semalam, perlawanan pusingan keempat The Emirates FA Cup menyaksikan pasukan bukan liga Wrexham diikat 3-3 dengan Sheffield United. Tetapi apa yang menarik perhatian ramai penyokong semalam ialah layangan kad merah berbentuk bulat oleh pengadil Dean Whitestone.

Whitestone melayangkan kad merah terhadap penyerang muda Blades, Daniel Jebbison pada minit ke-71 selepas dia didapati menyepak pemain pertahanan The Red Dragons, Ben Tozer.

Ad

Tetapi yang membuatkan ramai penyokong tertanya-tanya, kenapa kad merah berbentuk bulatan dan bukannya segi empat tepat seperti kebiasaan?

Ad

Mungkin ada yang berpandangan ia merupakan kad rekaan baru. Hakikatnya, menurut satu forum pengadil di Reddit, kad berbentuk bulatan atau bujur sudah diperkenalkan sejak dulu lagi.

Kad bentuk sebegitu diperkenalkan bagi membantu pemain yang tidak dapat membezakan warna kad. Selain itu, ia juga membantu pengadil menarik keluar kad dengan cepat dengan bentuk kad membantunya mengetahui warna kad mana yang patut dikeluarkan.

Ad

Dan bagi peminat EPL terutama generasi tahun 90-an hingga awal dekad 2000, mereka pasti masak dengan pengadil melayangkan kad berbentuk bulatan seperti Uriah Rennie.

Ad

Rennie yang juga pengadil kulit hitam pertama dalam EPL kerap mengeluarkan kad berbentuk bulatan termasuk kad merah kepada pemain.

Ad