Kepulangan Amri Yahyah Ke Selangor Terima Sambutan Hangat
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Pemain sayap berpengalaman Sabah FC, Amri Yahyah menerima sambutan yang cukup hangat oleh para penyokong yang menyaksikan kelibatnya berdepan Selangor.

Aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ menyaksikan The Rhinos meneruskan rentak kurang baik apabila beraksi di tempat lawan.

Hal ini dibuktikan apabila gol tunggal Ayron Del Valle menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe mengekalkan rekod kebal di laman sendiri.

Advertisements

Kemasukan pemain veteran berusia 42 tahun pada minit ke-81 dihiasi dengan sorakan gemuruh oleh para penyokong kedua-dua pihak yang melihat kelibatnya beraksi di atas padang.

Impak yang dibawa oleh anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor ini tidak membawa perubahan berdepan bekas kelabnya apabila keputusan kekal hingga tamat perlawanan.

Advertisements

Sejurus perlawanan berakhir, sorakan gemuruh sekali lagi mengiringi perjalanan keluar Amri meninggalkan padang.

Khidmat Amri masih menjadi taruhan pengendali pasukan, Ong Kim Swee selain pengaruhnya memberi kesan yang besar untuk skuad sedia ada.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram