Kerana Sampul Duit Raya, Penyokong Kedah Hilang Sabar
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Penyokong Kedah Darul Aman FC meluahkan isi hati masing-masing di ruangan komen laman Facebook rasmi pasukan gara-gara sampul duit raya.

Dengan berbaki beberapa hari saja lagi untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, sampul raya KDA FC baru sahaja diterima pihak pengurusan pada 28 Mac.

Ad

Apa yang membuatkan penyokong Kedah hilang sabar ialah pembeli-pembeli sampul raya KDA FC yang berdekatan mungkin sempat menggunakannya pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini kerana akan menggunakan cara self-pickup di pejabat KDA FC.

Ad

Namun berbeza pada yang jauh iaitu menggunakan pos, proses penerimaan akan berlaku sedikit kelewatan dan mungkin bakal diterima selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Benda macam ni pun tak boleh handle ke? Slow la. Kalau ada masalah pun kenalah inform awal. Yang boleh pickup ok la. Yang pos tu macam mana? Memang guna untuk raya tahun depan lah. Harap boleh improve lagi pada masa akan datang,” luah seorang penyokong di laman Facebook KDA FC.

Ad

Selain komen tersebut, rata-rata penyokong Kedah tidak berpuas hati dengana apa yang berlaku dan ini bukanlah kali pertama mereka menghadapinya selepas pada tahun lalu, perkara sama turut terjadi.

Ad

Melalui tinjauan, pihak KDA FC telah mengambil tempahan sampul duit raya pada 15 Mac yang lalu namun mereka hanya menerimanya daripada pihak cetakan pada 28 Mac.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments