Dunia
Advertisements

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, pihaknya telah memansuhkan Artikel 15.A, Peraturan Status dan Perpindahan Pemain FAM.

Langkah itu diambil bagi mengelakkan kes seperti Akhyar berulang lagi dan juga bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul. Beliau menegaskan klausa ini telah dikeluarkan bermula musim 2020 ini.

Sebelum ini, Majlis Timbangtara Sukan telah membuat keputusan bahawa Kedah FA memenangi kes ini. Namun, kes ini hanyalah melibatkan antara Kedah FA dan juga Akhyar Rashid manakala JDT tidak terlibat dalam kes ini. Jadi pampasan itu perlulah diselesaikan oleh Akhyar Rashid dengan KFA.

Advertisements
SR 2 Kes Akhyar: FAM Mansuhkan Artikel 15.A, Elak Kes Berulang
Stuart Ramalingam

Stuart berkata: “Supaya semua lebih memahami, kes ini adalah mengenai Akhyar dan Kedah berhubung kontrak bersama bekas majikannya sebelum ini. Mudah sahaja. Ia tidak melibatkan JDT atau mana-mana pihak.”

“Apabila kes ini dibawa ke timbang tara, ia antara peguam kedua-dua pihak. Malah FAM tidak menerima sebarang maklum balas atau diundang untuk ke sana (AIAC) sebagai saksi sehingga lah keputusan keluar seperti yang kita tahu mengenai kes ini,” katanya lagi.

Akhyar Rashid sah bergelar sebagai pemain JDT pada Disember 2018 ketika FAM dan KFA masih berbalah mengenai isu perpindahan pemain terbabit sehingga membuatkan KFA membawa kes ke Majlis Timbangtara walaupun FAM sudah menetapkan bahawa nilai pampasan RM75,000 kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Akhyar Rashid. Pemain itu juga perlu membayar RM210,000 untuk menebus baki kontraknya bersama KFA untuk berhijrah ke pasukan lain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram