Ads
Kes Simbah Asid Faisal Halim: PDRM Jumpa Cap Jari Suspek
Liga Super
Selangor FC

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjumpai cap jari suspek sewaktu menjalankan siasatan terhadap kes simbah asid Faisal Halim.

Advertisements

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain telah berkongsikan perkembangan tersebut setelah pihak polis meneliti hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) ditempat kejadian.

Advertisements

Menurut beliau, suspek didapati ada menyentuh beberapa kawasan sekitar pusat beli-belah tersebut dan kini pihak polis telah mengekstrak beberapa cap jari yang ditinggalkan dikawasan tersebut.

Advertisements
Advertisements

“Kita sudah pun ekstrak beberapa cap jari yang ditinggalkan di situ, kita masih lagi menunggu analisis cap jari ini dan ia memberi gambaran positif serta mendekatkan polis kepada suspek terbaru ini.

“Saya menafikan mengenai tangkapan baharu seperti dilaporkan oleh sebuah portal. Laporan yang sahih hanya dikeluarkan oleh pihak kami. Jangan sahkan benda yang bukan daripada sumber sahih.

Advertisements

“Kami yang menyiasat, kalau ada tangkapan saya akan kongsikan. Kalau tiada tangkapan pun saya akan kongsikan.” ujar Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menurut laporan Berita Harian.

Datuk Seri Mohd Shuhaily telah melakukan tinjauan kira-kira 30 minit sekitar tempat kejadian bagi mendapatkan gambaran sebenar selain daripada membaca melalui laporan yang beliau terima.

Advertisements

Faisal Halim kini menunjukkan perkembangan yang positif selepas pembedahan kedua yang dijalankan ke atas dirinya selain sudah mula menjamah makanan dan juga turut melakukan latihan ringan di hospital.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram