Advertising
Kesilapan Justin Hubner Lawan Libya Bawa Padah
MakanBola
PSSI

Bek tengah muda Indonesia, Justin Hubner pasti tidak akan melupakan perlawanan pertamanya untuk satu tempoh yang lama.

Ini disebabkan dua kesilapan beliau membantu Libya membelasah Indonesia 4-0 dalam aksi pemanas badan pertama pra-Piala Asia semalam.

Percubaan Hubner membuat hantaran pendek dihukum The Knights of Mediterranean pada minit ke-58 menerusi pemain tengah Omar Al Khouja.

Ad

Lebih malang, cubaan bek tengah berusia 20 tahun itu menghantar bola kepada kapten, Jordi Amat berjaya dipintas Nour al-Din Al-Qulaib.

Ad

Ini memudahkan pemain tengah Libya berusia 22 tahun itu melepaskan rembatan jarak dekat menewaskan penjaga gol Indonesia, Syahrul Trisna Fadillah.

Ad
Ad

Selepas perlawanan, Hubner mengakui kesilapan yang dilakukan. Pada masa sama, beliau berharap dapat bangkit semula untuk aksi kedua menentang Libya nanti.

Ad

“Kami perlukan peningkatan, semuanya, bertahan (dan) menyerang. Kami perlu tampil sebagai sebuah pasukan.

“”Bagi saya, hantaran saya tidak bagus pada hari ni. Normalnya, bagus tetapi hari ini tidak. Saya perlu meningkatkannya dan harus berjuang lebih,” katanya seperti dilaporkan CNN Indonesia.

Perlawanan semalam merupakan perlawanan pertama Hubner sebagai pemain Indonesia selepas mendapat status kewargenegaraan pada 6 Disember lalu.

Bek tengah muda Wolves itu berharap dapat bangkit semula apabila Tim Garuda menentang The Knights of Mediterranean buat kali kedua pada 5 Januari. Ini disusuli aksi pemanas badan terakhir menentang Iran pada 9 Januari.

Indonesia bakal memulakan kempen Piala Asia 2023 dalam Kumpulan D dengan menentang Iraq pada 15 Januari ini.