Kestabilan Dorong Ifedayo Pilih PDRM
Liga Super
PDRM FC
Advertisements

Penyerang baru PDRM FC, Ifedayo Olusegun berharap musim 2024/25 dapat membawa ketenangan minda buat dirinya.

Ketenangan minda yang dimaksudkan ialah beliau tidak lagi perlu memikirkan isu tunggakan gaji yang dihadapi dalam dua musim terakhirnya di Liga Malaysia (Liga M).

Ifedayo berdepan isu tersebut semasa bersama Melaka United pada musim 2022 dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 2023.

Advertisements

Isu ini sedikit sebanyak menjejaskan prestasi beliau sebagai peledak utama kedua-dua pasukan itu untuk musim 2022 dan 2023.

Atas sebab inilah, Ifedayo memilih menyertai PDRM meskipun pasukan itu bukan pasukan tersohor dalam saingan Liga M.

Ini kerana The Cops sentiasa berusaha menjaga kebajikan pemain, staf kejurulatihan dan pegawai pasukan terutama dari segi kewangan.

Advertisements

“(Keutamaan) buat saya sekarang ialah bermain bola sepak dan berada dalam pasukan yang menjanjikan ketenangan minda. Anda tidak perlu fikir tentang gaji dan tidak perlu lakukan tugas pengurusan.

“Bagi saya, ini berkenaan kestabilan (kewangan) sekarang. Dan saya fikir PDRM salah satu pasukan di Malaysia yang memiliki kestabilan kewangan.

“Mereka berbelanja mengikut kemampuan mereka. Jadi, untuk pasukan, itu sesuatu yang bagus. Semuanya tepat pada masa.

Advertisements

“Walaupun (mereka bukan pasukan) terbaik, mereka sentiasa menepati masa dan pengurusan PDRM juga teliti (dari segi pemilihan) jurulatih, para pemain dengan sesetengah pemain sebenarnya anggota polis.

“Jadi, ada ketelitian di situ dan saya fikir saya menikmati (pengalaman bersama PDRM),” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom untuk segmen redONE Mobile Keluar Masuk Nadi Arena.

Ifedayo muncul penjaring terbanyak Kedah dengan 12 gol pada musim 2023 walaupun menyertai pasukan itu pada separuh kedua musim lepas.

Advertisements

Khidmatnya kemudian tidak dikekalkan pengurusan Sang Kenari bersama enam lagi pemain import pada akhir musim lepas.

Perpindahan Ifedayo ke The Cops menyaksikan beliau kembali bergandingan dengan bekas rakan sepasukannya di Selangor FC, Shahrel Fikri.

Ifedayo menyertai Faith Obilor, Chidi Osuchukwu, Aremu Timothy dan Prince Aggreh sebagai tenaga import baru PDRM musim 2024/25.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram