Ketajaman Penyudah Bintang JDT Sukar Digugat
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketika ini, tiada pasukan dalam Liga Super yang mampu menggugat Johor Darul Ta’zim (JDT). Dengan rekod 43 gol dan 30 mata dalam 10 perlawanan, ia disumbang oleh ketajaman barisan penyerang berstatus bintang mereka.

Ini berdasarkan pengamatan bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri. Beliau merasakan ia merupakan sebahagian daripada falsafah pasukan yang diterapkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim yang mahu Harimau Selatan sentiasa menjaringkan gol.

Advertisements

“Yang itu merupakan falsafah TMJ sendiri. Baginda tahu dalam liga ini, sudah tentu nak menang kena menjaringkan gol. Jadi, rekod dari segi TMJ atau pengurusan yang ambil, ini yang paling tinggi sampai boleh cecah 43 gol dan penjaring individu dalam pasukan itu ramai, tujuh lapan orang penjaring gol.

“Jadi, saya rasa bila diterjemah bukan saja dari segi cara permainan tetapi individu-individu dalam pasukan yang boleh menjaringkan gol,” katanya dalam program bual bicara Nindia di Astro Arena pada Isnin lepas.

Advertisements

Pendapat bekas pemain Selangor itu dibuktikan dengan statistik penjaring terbanyak Liga Super ketika ini. Fernando Forestieri mendominasi carta penjaring terbanyak dengan 10 gol diikuti oleh Bergson da Silva (enam gol) dan Arif Aiman (lima gol).

Sementara Diogo Luis Santo, Leandro Velasquez dan Juan Muniz masing-masing berkongsi empat gol. Dengan ramai pemain mampu menjaringkan gol dari pelbagai posisi berbeza, ia menambah ketajaman serangan JDT terutama bila beraksi di gelanggang sendiri.

Advertisements

Dan hal ini boleh dibuktikan lagi menerusi perlawanan Liga Super seterusnya membabitkan Harimau Selatan. JDT bertandang ke Kuching untuk menentang Kuching City pada 19 Mei ini.

News Comments Account