Ketenangan Kunci Aaron Chia-Wooi Yik Kejutkan Wei Keng-Wang Chang
UltraSukan
Badminton Asia
Sponsors

Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia melihat ketenangan sebagai kunci mengatasi wakil China, Liang Wei Keng dan Wang Chang di peringkat separuh akhir Badminton Asia Championships (BAC) 2025.

Meskipun perlu berdepan Wei Keng-Wang Chang yang mendapat sokongan padu penyokong di Ningbo, situasi itu dilihat tidak menggentarkan bekas juara dunia 2022 itu.

Ad

Aaron-Wooi Yik tampil cemerlang dengan menyingkirkan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2024 itu dengan keputusan 21-12, 21-14.

Ad

Aaron mengakui jika dibandingkan dengan aksi di pentas Olimpik, mereka dilihat lebih tenang dan tidak merasa tertekan.

“Kita kekal tenang (sepanjang perlawanan) hari ini. (Jika dibuat perbandingan), kita rasa lebih gementar dan tertekan semasa saingan Sukan Olimpik,” katanya kepada CGTN Sports.

Ad

Aaron-Wooi Yik bakal berdepan satu lagi wakil China, Chen Bo Yang-Liu Yi di pentas final. Ini kali kedua mereka mara ke final sejak saingan BAC 2022.

Ad

Walau bagaimanapun, mereka terlepas gelaran juara untuk beregu lelaki apabila mereka tewas kepada beregu Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan.

Ad

Sekiranya Aaron-Wooi Yik berjaya meraih gelaran juara, mereka bakal menamatkan penantian juara beregu lelaki untuk Malaysia selama 17 tahun.

Kali terakhir pencapaian itu dilakar menerusi gandingan Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah. Mereka muncul juara dua kali pada edisi 2006 dan 2007.

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ghazali Rahmat
Ghazali Rahmat
9 days ago

Hi