Ketenangan Memukau Jay Idzes Buatkan Penyokong Indonesia Cair Hati
Asia Tenggara
PSSI
Advertisements

Pemain warisan terbaharu Indonesia, Jay Idzes tidak perlu menunggu masa yang lama untuk membuatkan penyokong Indonesia cair hati dengan aksi terbaik dipamerkan di atas padang.

Dalam aksi menentang Vietnam untuk saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari, Idzes telah beraksi penuh 90 minit perlawanan dan Indonesia menang tipis 1-0 hasil jaringan tunggal Egy Maulana Vikri.

Selain mempamerkan kualiti pertahanan yang baik, ketenangan pemain berusia 23 tahun itu juga berjaya ditangkap lensa kamera.

Advertisements

Malah ada penyokong yang sempat berseloroh dengan menyifatkan ketenangan Idzes pada masa tambahan itu telah menyelamatkan jantung dan juga rumah tangga penyokong tersebut.

Kehadiran Idzes dalam kesebelasan utama skuad Garuda sememangnya dinantikan apatah lagi Shin Tae-yong tidak dapat menurunkan pertahanan bintang mereka, Jordi Amat yang mengalami kecederaan.

Advertisements

Aksi Idzes dijangka bakal menjadi perhatian ramai sekali lagi apabila Indonesia bakal bertemu Vietnam sekali lagi pada 26 Mac bertempat di Stadium Nasional My Dinh, Vietnam.

Indonesia kini berada di tangga kedua kumpulan F pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan mengumpul 4 mata manakala Vietnam di tangga ketiga dengan mengumpul 3 mata. Iraq kini sedang memimpin kumpulan F dengan 9 mata.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram