Ketiadaan 3 Tonggak KL City Resahkan Miroslav Kuljanac
MakanBola
KL City FC

Pengendali KL City FC, Miroslav Kuljanac berdepan kemungkinan tidak dapat menggunakan tiga tonggak menjelang aksi Liga Super menentang Penang FC.

Tiga tonggak tersebut ialah Declan Lambert, S. Sharvin dan Zhafri Yahya. Ini kerana ketiga-tiga pemain itu dilihat masih belum cergas menjelang aksi menentang Sang Harimau Kumbang.

Ad

Zhafri mengalami kecederaan iliotibial band syndrome (ITBS). Declan dan Sharvin pula masing-masing mengalami batuk dan keracunan makanan.

Ad

Kuljanac berharap tempoh rehat selama beberapa hari membolehkan mereka kembali pulih dan dapat membantu KL City pada hari perlawanan.

“Kita ada beberapa masalah (kecederaan). Zhafri, Declan dan Sharvin berdepan sedikit masalah tapi saya fikir mereka bersedia untuk bermain (menentang Penang),” katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Ad

“Zhafri alami masalah di hamstring, beliau terpaksa melupakan latihan. Tapi saya harap fisio kita melakukan tugasnya dan Zhafri akan bersedia untuk hari perlawanan.

Ad

“Declan merasa sedikit kurang sihat. Tapi saya fikir kita ada dua hari untuk bersedia hadapi Penang.”

Ad

KL City berharap dapat bangkit selepas tewas 2-1 di tangan Perak FC pada 6 April lalu. Ini kerana kemenangan dapat mencerahkan peluang mereka memburu kelompok lima pasukan terbaik liga.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments