Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ketiadaan pemain sayap sensasi Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi dalam panggilan ke kem Harimau Malaya kali ini akhirnya terjawab.

Advertisements

Pemain berusia 22 tahun itu tiada dalam senarai 26 orang pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon yang dikeluarkan oleh FAM ke kem latihan pusat kali ini.

Beliau menjadi antara 4 orang pemain utama yang terlepas panggilan ke kem latihan kebangsaan bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrzgyzstan dan juga Chinese Taipei.

Advertisements

Ketiadaan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu mula menjadi tanda tanya selepas beliau tidak diturunkan ketika menentang Negeri Sembilan pada aksi minggu lalu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan perkhabaran ini apabila Arif Aiman dilaporkan mengalami kecederaan bersama Harimau Selatan.

Advertisements

Hector Bidoglio selaku Ketua Jurulatih JDT juga tidak mahu memberikan tekanan kepada pemain ini susulan musim masih lagi panjang sambil mengesahkan perkhabaran pemain ini mengalami kecederaan.

Kim Pan-gon telah menampung ketiadaan dua watak penting pada bahagian serangan iaitu Faisal Halim dan Arif Aiman dengan membawa masuk Haqimi Azim dan juga Syafiq Ahmad.

Advertisements

Skuad kebangsaan akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.

Perlawanan keenam pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram