Ketum PSSI: Pihak EAFF Gembira Jika Indonesia Tinggalkan AFF Sertai EAFF
Dunia
Alvino Hanafi / Goal
Advertisements

Ketua Umum PSSI (Ketum), Mochamad Iriawan bersedia mengkaji cadangan Timnas Indonesia untuk keluar dari gabungan bola sepak Asia Tenggara (AFF) untuk menyertai Federasi Bola Sepak Asia Timur (EAFF).

Menurutnya, pihak EAFF gembira seandainya Indonesia menyertai gabungan tersebut namun mereka akan membuat kajian menyeluruh bagi memastikan ianya benar-benar baik buat skuad Indonesia.

EAFF meliputi dua nama besar bola sepak Asia iaitu Jepun dan Korea Selatan disamping lain-lain negara seperti Hong Kong, Mongolia, Korea Utara, Taiwan, Guam, Macau dan Kepulauan Mariana Utara.

Advertisements

Menurut kenyataan dikeluarkan Goal Indonesia, PSSI telahpun berkomunikasi dengan pihak EAFF.

“Peluang PSSI meninggalkan Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) semakin terbuka. Ketum bola sepak Indonesia telah berkomunikasi dengan Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (EAFF).”

“Pun begitu, Mochamad Iriawan berkata beliau masih mempertimbangkan untuk menyertai EAFF. Beliau menyampaikan bahawa adalah perlu untuk mempertimbangkan sama ada akan ada kesan negatif untuk meninggalkan AFF atau tidak.”

Advertisements

Sementara itu, Mochamad Iriawan turut menjelaskan EAFF akan menerima baik penglibatan Indonesia ke EAFF.

“Ia telah disampaikan melalui setiausaha agung [Yunus Nusi]. Mereka [EAFF] gembira jika kita masuk.

“Sudah tentu kita akan bincang dengan teliti, ya. Terima kasih netizen atas nasihat kerana ia bukti sayang kepada pasukan kebangsaan kita, ya,” katanya.

Advertisements

“Tapi kita kena bincang dengan teliti, sebab kita tak buat keputusan terus sebab kita kena kira untung rugi, jadi kita kira untung,” katanya lagi kepada Goal Indonesia.

Netizen Indonesia sebelum ini mendesak PSSI keluar dari AFF kerana merasakan federasi tersebut tidak kompetitif dan tidak adil kepada Indonesia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram