Kevin De Bruyne: Ini Musim Terakhir Sebagai Pemain Man City
MakanBola
Man City FC
Sponsors

Pemain tengah, Kevin De Bruyne membuat kejutan dengan mengumumkan bakal meninggalkan Man City di akhir musim.

Menerusi satu kenyataan di media sosial, Kevin De Bruyne memberitahu peminat bahawa April ini akan menjadi bulan terakhirnya menyarung jersi Man City setelah Liga Perdana Inggeris melabuhkan tirai.

Ad

“Jadi, saya akan berterus terang kepada anda semua bahawa bulan terakhir saya sebagai pemain Manchester City sudah tiba,” umum De Bruyne.

Ad

“Bukan mudah untuk menulis semua ini, tetapi sebagai pemain bola sepak, kami semua tahu hari ini pasti akan tiba.”

“Sama ada kita suka atau tidak, sudah tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal,” kata kapten Belgium itu lagi.

Ad

“Manchester akan sentiasa menjadi rumah kami. Kami tidak dapat mengucapkan terima kasih secukupnya kepada bandar ini, kelab, kakitangan, rakan sepasukan, sahabat, dan keluarga atas perjalanan 10 tahun yang luar biasa ini.”

Ad

“Setiap cerita pasti ada penamatnya, tetapi ini pastinya bab yang paling indah. Mari kita nikmati detik-detik terakhir ini bersama-sama.”

Ad

Untuk rekod, De Bruyne menyertai Man City pada Ogos 2015 dari kelab Jerman, VFL Wolfsburg dan telah merekodkan 413 penampilan dan 106 jaringan selain 174 bantuan gol buat The Cityzens

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments