Kevin De Bruyne Bakal Terlepas Aksi Bertemu Arsenal
EPL
Instagram: @kevindebruyne
Advertisements

Pemain Kelahiran Belgium, Kevin De Bruyne dikatakan bakal tidak diturunkan bagi pertembungan Manchester City bertemu Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) esok. 

Jurulatih pasukan Belgium, Roberto Martinez mendedahkan bahawa pemain berusia 30 tahun itu masih mengalami masalah kecederaan sekaligus tidak akan diturunkan pada aksi di Etihad esok.

Baca: Paralimpik 2020: Hasrat Hafiz Jamali Dan Zuhairie Tarmizi Raih Pingat Tidak Kesampaian

Advertisements

De Bruyne telah mengalami pelbagai kecederaan pada musim panas lalu termasuklah patah hidung dan mata pada final Liga Juara-Juara ketika bertembung dengan pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger.

Sebelum ini, De Bruyne hanya diturunkan sebagai pemain gantian pada minit ke-79 dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Tottenham Hotspur. Beliau juga tidak diturunkan semasa perlawanan Manchester City bertemu Norwich City tempoh hari. 

Tambahan pula, jurulatih Belgium mengesahkan kecederaan pergelangan kaki yang dialami oleh De Bruyne menyebabkan beliau jarang diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam saingan Euro 2020 tempoh lalu. 

Advertisements

Oleh kerana itu, bintang Manchester City itu terlepas semua aksi pra-musim bersama The Citizen disusuli dengan perlawanan menentang Leicester City dalam aksi Piala Komuniti tempoh hari.

De Bruyne dikatakan belum bersedia dan seperti yang kita maklum, beliau hanya bermain sekitar 10 minit sahaja ketika menentang Tottenham.

“Tetapi selepas permainan itu, dia masih merasa sakit (di pergelangan kakinya). Dia berada dalam situasi yang berbeza sekarang. Dia tidak akan bermain pada hujung minggu ini dan yang utamanya adalah untuk melihat bagaimana kecederaannya masih berlaku. “

Advertisements

“Kevin seorang yang bekerja keras di belakang tabir untuk cergas sepenuhnya dan sentiasa bersedia menghadapi perlawanan yang akan datang. Akan tetapi pada masa ini dia tidak 100 peratus cergas. ” kata bekas pengurus Wigan Athletic itu.

Menurut pengurus Belgium, Roberto Martinez telah mengesahkan bahawa kapten Manchester City itu tidak tersenarai dalam skuad antarabangsa Belgium dalam perlawanan saingan antarabangsa bulan hadapan.

Belgium akan menentang Estonia, Republik Czech dan Belarus dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 akan datang.

Advertisements

Manchester City kini berada pada kedudukan ke-9 Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat dua perlawanan. The Citizens akan menerima kunjungan Arsenal di Etihad Stadium pada 7.30 pm waktu Malaysia esok.

Baca: Ziyad Zolkefli Sedia Gegar Tokyo

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram