Advertising
Kevin Zahri Kongsi Permasalahan Sebenar Pembangunan Sukan Di Malaysia
Inspirasi
MakanBola
@kevinzahri

Bukan sekali ramai orang dengar bahawa bakat-bakat muda di Malaysia sebenarnya bertaraf dunia dan boleh pergi lebih jauh. Tetapi struktur pembangunan sukan tanah air dilihat merencatkan perkembangan mereka menjadi atlet berkelas dunia – satu hakikat yang diakui oleh jurulatih kecergasan terkenal, Kevin Zahri.

Pandangan yang berani dan jujur itu bukan saja berdasarkan pengalamannya membesar di Jerman. Tetapi ini juga berdasarkan pengalamannya bersukan di negara-negara lain bersama puteri kesayangannya, Mika.

Ad

“Atlet Jerman secara umumnya tak lah berbakat besar atau semulajadi (contoh bola Jerman vs Brazil) tapi sistem pembangunan sukan di Jerman amat mengagumkan. Jadi mudah untuk asah bakar atlet yang “berminat, dedikasi dan ada bakat”.

Ad

“Potensi sukan Malaysia begitu besar. Bagi saya, di Malaysia, ia bukan soal bakat tapi soal kebolehan struktur pembangunan sukan untuk mengasah bakat tersebut hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Kevin turut mengakui atlet Malaysia mempunyai bakat bertaraf dunia. Dan disebabkan mempunyai darah Malaysia, ini turut menjelaskan mengapa beliau cemerlang dalam banyak sukan yang diceburi termasuk ping pong semasa membesar di Jerman.

Ad

Menariknya, salah seorang pemain yang bersaing dengannya pada ketika itu ialah pemain ping pong Jerman yang terkenal, Timo Boll.

Ad

“Atlet Malaysia memang mempunyai bakat dan kebolehan untuk bertanding dengan atlet mana-mana negara dari perantau dunia!!

Ad

“Malah apabila saya ke Malaysia pada usia 13, saya katakan kepada diri sendiri, ‘Wow, orang Malaysia LEBIH berbakat semulajadi berbanding atlet di Jerman”.

“Untuk pengetahuan anda, saya memang atlet yang bagus di Jerman – bermain ping pong secara kompetitif (memenangi kejohanan dan menentang Timo Boll lagi pada 80-an), wakil sekolah renang, olahraga dan sebagainya. Darah Malaysia memang beri bakat semulajadi pada saya,” tambahnya.