Keyakinan Melampau Bintang Brazil ‘Makan Diri’
MakanBola
CBF
Sponsors

Keyakinan melampau bintang Brazil, Raphinha, yang mengeluarkan kata-kata kurang disenangi akhirnya memakan diri sebelum aksi kelayakan Piala Dunia menentang musuh utama, Argentina.

Semalam, Brazil telah dimalukan oleh Argentina dengan keputusan 1-4. Argentina turun tanpa bintang sensasi, Lionel Messi dan peledak utama, Lautaro Martinez.

Ad

Sebelum aksi bermula, pemain sayap Barcelona ini yakin pasukannya mampu menewaskan Argentina, namun sebaliknya berlaku. 

Ad

“Kami akan mengalahkan Argentina, Ianya Pasti. Di dalam dan di luar padang. Saya akan menjaringkan gol! dan malukan mereka,” kata Raphinha.

Kekalahan Brazil ini menyaksikan mereka berada di kedudukan keempat pusingan kelayakan berkongsi 21 mata bersama Uruguay (3) dan Paraguay (5) dengan memisahkan perbezaan jaringan. 

Ad

Manakala Argentina kekal tangga teratas dengan 31 mata sekaligus menjadi pasukan pertama dari Amerika Selatan mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia 2026 dengan baki 4 empat perlawanan.

Ad

Pengesahan Argentina ke Piala Dunia adalah menerusi keputusan seri antara perlawanan Bolivia dan Uruguay. 

Ad

Brazil ketika ini perlu kekal berada dalam kedudukan enam terbaik pasukan untuk mengesahkan kelayakan secara automatik.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments