Khairul Azhan Ucap Selamat Tinggal Buat Selangor Selepas 10 Musim
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Azhan Khalid mengucapkan selamat tinggal kepada Selangor FC selepas bersama pasukan itu selama sedekad.

Khabar ini dikongsikan pengurusan Selangor FC menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan itu.

Ad

Selepas tamat perlawanan menentang PDRM FC, Khairul Azhan diberi peluang bersalaman dengan semua pemain dan staf kejurulatihan yang membentuk barisan hormat di Stadium MBPJ.

Ad

“Khairul Azhan mengucapkan selamat tinggal dalam perlawanan terakhirnya bersama Merah Kuning.

“Selepas sedekad bersama kelab, The Red Giants meraikan beliau dengan barisan hormat pemain dan staf kejurulatihan,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Selangor memastikan memori Khairul Azhan bersama pasukan itu berakhir dengan keceriaan. Ini selepas Merah Kuning menewaskan PDRM 2-0.

Ad

Selepas menyertai Merah Kuning dari Sri Pahang FC pada 2016, Khairul Azhan merekodkan 150 penampilan buat pasukan Lembah Klang itu.

Ad

Beliau turut membantu Selangor muncul naib juara Unifi Piala Malaysia, Piala FA dan MFL Challenge Cup. Khairul Azhan turut merekodkan 15 penampilan bersama Harimau Malaya.

Selain Selangor dan Sri Pahang, beliau juga pernah beraksi untuk kelab Shahzan Muda.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments