Ads
Dunia
Utusan Malaysia

Lagenda bola sepak kebangsaan, Khalid Ali menegaskan sudah sampai masa untuk pihak pengurusan Selangor kini melepaskan jawatan dan berikan kepada pengurusan baharu.

Advertisements

Menurut Khalid, sehingga kini Selangor tiada perkembangan yang positif dilihat walaupun sudah banyak kali diberi peluang untuk kendalikan pasukan. 

Advertisements

Bekas pemain tengah negara itu juga berpandangan dengan bajet yang diberi pasukan gergasi Lembah Klang itu boleh pergi lebih jauh daripada apa yang dipamerkan sekarang. 

Advertisements

Advertisements

Bagaimanapun Khalid menjelaskan pasukan Selangor ketika ini haruslah dipimpin beberapa badan pengurusan yang boleh bagi impak yang berbeza buat pasukan Selangor. Beliau melihat ada 3 jurulatih tempatan yang sesuai untuk mengemudi pasukan Selangor.

“Kalau ikut lumrah bola sepak, jika tiada kejayaan, mereka perlu letak jawatan dan beri kepada pengurusan baharu. Mungkin pengurusan baharu boleh bagi impak yang lebih baik,” katanya kepada Sukan Sinar.

Advertisements

“Saya rasakan Selangor perlu mempertimbangkan untuk melantik jurulatih tempatan yang berkualiti dan mampu membimbing Selangor, bukan jurulatih dari luar negara.”

“Antara nama yang rasa sesuai untuk mengemudi Selangor seperti Datuk Ong Kim Swee, Tan Cheng Hoe, Datuk K. Rajagobal,” ujarnya.

Advertisements

Untuk rekod, kali terakhir Selangor menjulang trofi adalah pada 2015 ketika menjadi juara Piala Malaysia, manakala tahun 2010 merupakan kali terakhir Gergasi Merah memenangi kejuaraan Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram