Khuzaimi Piee: Kami Akan Cuba Bawa Piala AFF Ke Malaysia
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Pertahanan kental Negeri Sembilan, Khuzaimi Piee melaungkan keyakinan untuk membantu Harimau Malaya merampas kejuaraan Piala AFF edisi kali ini.

Pemain yang mesra disapa Jimie ini menyedari cabaran yang bakal ditempuh oleh beliau dan rakan sepasukan selepas mendapat kumpulan yang seimbang semalam.

Sungguhpun beliau akui harapan yang tinggi digalas selepas nama Malaysia dan juga Vietnam menjadi sebutan sebagai pasukan pilihan dalam kumpulan B, beliau mahu setiap pemain memberikan komitmen yang sebaiknya.

Advertisements

Skuad kebangsaan juga ketika ini mendapat tumpuan yang lebih jelas dan tentunya setiap gerak geri mereka kini dalam ‘perhatian’.

Namun begitu, Khuzaimi yakin dengan doa dan juga sokongan daripada penyokong, mereka mampu menjelmakan sesuatu.

“Dengan iringan doa daripada penyokong, kami tentunya akan cuba membawa Piala AFF ke Malaysia,” katanya di Nadi Arena. 

Advertisements

Beliau yang menjadi pilihan utama sejak kehadiran Kim Pan-gon tidak mahu tekanan dan ‘demand’ dalam perlawanan terutamanya apabila berdepan dengan pasukan yang lebih besar menjadi halangan.

“Setiap perlawanan akan memberi tekanan kepada kami. “

Beliau tetap positif dan yakin dengan segala percaturan yang cuba direncanakan oleh barisan kejurulatihan Harimau Malaya untuk menjelmakan kemenangan.

Advertisements

“Yang penting kami akan sentiasa kawal emosi dan ikut arahan jurulatih.”

Malaysia sudah pasti mahu menebus kehampaan edisi lalu selepas apabila terpaksa pulang awal selepas terkandas pada peringkat kumpulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram