Asia
Peter Schatz
Advertisements

Pertahanan Korea Selatan dan Bayern Munich, Kim Min-jae kini semakin mengukuhkan nama dalam senarai pemain pertahanan tengah terbaik dunia ketika ini.

Advertisements

Kim Min-jae menampilkan aksi yang cemerlang pada musim lalu bersama Napoli dimana pasukan tersebut berjaya menjuarai Scudetto setelah 33 tahun menanti.

Kim Min-jae yang kini bermain untuk gergasi Jerman, Bayern Munich telah melakukan 13 penampilan buat Bayern dan turut menjadi pemain penting bersama Korea Selatan.

Advertisements

kim min jae 1 Kim Min-jae Kini Bek Tengah Asia Paling Ideal

Korea Selatan tidak dibolosi dalam 4 perlawanan terakhir mereka dimana Kim Min-jae diturunkan dalam kesebelasan utama.

Berketinggian 1.9 meter dan mempunyai fizikal yang tegap, Kim Min-jae kini menjadi bek tengah paling ideal untuk pemain Asia dalam memberikan cabaran kepada pemain eropah.

Advertisements

Kim Min-jae memenangi 66.7% daripada pertarungan defensif dan 57% untuk pertarungan udara dalam 3 penampilan awal bersama Bayern berdasarkan analisis Bayern Munich.

Ketenangan pemain ini memegang bola ketika dicabar pemain lawan dan sewaktu berhadapan dengan serangan menonjolkan lagi kualiti Kim Min-jae dibahagian pertahanan.

Selain itu, pemain Korea Selatan ini juga mempunyai visi untuk menghantar bola kehadapan bagi memulakan serangan.

Kim Min-jae tidak takut untuk membawa bola kehadapan dan melakukan hantaran pendek yang berbahaya untuk membuka ruang dalam perlawanan.

Namun selaku pertahanan, kualiti fizikal beliau menjadi kekuatan utama dimana beliau sentiasa mampu memenangi perebutan bola dan juga digelar Colossus Korea Selatan menurut Breaking The Lines.

Dibilik persalinan, Kim Min-jae turut mempunyai kepimpinan yang tinggi dan dihormati rakan sepasukan.

Menurut laman komuniti Bayern, Kim Min-jae pantas mendaki hierarki kepimpinan Bayern apabila berada di aras ketiga bersama-sama Kingsley Coman dan Leon Goretzka.

Malah bintang muda Jerman, Jamal Musiala turut mendengar nasihat daripada pemain Korea Selatan ini.

Selaku pertahanan tengah, kekuatan fizikal sentiasa menjadi keutamaan dalam mencabar serangan lawan namun kualiti seperti kepimpinan dan kecerdasan yang ada pada Kim Min-jae telah membantu pemain ini berkembang menjadi salah satu pertahanan tengah terbaik di eropah.

Kim Min-jae kini berjaya memecah stereotaip terhadap kualiti pemain Asia apabila beliau bukan sahaja beraksi cemerlang di eropah ketika ini, malah mampu berhadapan dengan penyerang berkualiti selaku pemain pertahanan.

Menurut Transfermarkt, Kim Min-jae berada ditangga ke-8 dunia bagi pemain pertahanan tengah paling bernilai dengan nilai €60 juta dan beliau merupakan pertahanan tengah Asia paling bernilai ketika ini.

Pemain berusia 26 tahun ini juga berada ditangga ke-22 dalam senarai ranking Ballon d’Or 2023 mengatasi pertahanan lain seperti Ruben Dias dan Josko Gvardiol.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram