Advertisement
Kim Min-jae Terus Mengganas, Kini Sekat Son Heung-min Di Instagram
Asia
MakanBola
AFC

Nampaknya drama pemain bintang dari Korea Selatan, Kim Min-jae berterusan. Min-jae dikatakan telah menyekat instagram bintang Tottenham Hotspur yang juga kapten Korea Selatan, Son Heung min.

Min-jae sebelum ini mengejutkan peminat bola sepak apabila menyatakan keletihan mental yang dialami dan hanya mahu memberikan fokus yang lebih di kelabnya, Napoli berbanding menyarung jersi Korea Selatan.

“Saya mahu fokus kepada kelab saya dan bukannya pasukan kebangsaan. Saya tiada apa-apa lagi untuk diperkatakan sekarang,” katanya kepada media selepas perlawanan menentang Uruguay semalam.

Kenyataan yang dilontarkan pemain berusia 26 tahun itu nyata memberikan persepsi yang negatif yang mana ramai dikalangan penyokong Korea Selatan. Dan kini, tidak sampai 24 jam kenyataan tersebut dibuat, Min-jae dikatakan telah menyekat instagram Son Heung-min.

Perkara tersebut juga diakui oleh pengikut laman twitter, Korea Football News. Pemilik akaun twitter yang dikenali sebagai Ming berkata Min-jae telah menyekat instagram Son selepas tanda suka yang ditinggalkan Son di instagram Min-jae telah pun hilang dan kedua-dua tidak mengikuti satu sama lain.

Walaupun Min-jae telah memohon maaf atas kenyataan kurang patriotik itu, namun keadaan sudah pasti berbeza selepas kenyataan tersebut dibuat. Selain kontroversi tersebut, Min-jae turut hangat di pasaran selepas dikatakan menjadi sasaran pasukan gergasi England, Manchester United.