Kim Pan-gon Bakal Uji Muka Baharu Di King’s Cup
MakanBola
Khairul / MakanBola

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon bakal menguji muka baharu dalam Kejohanan 4 penjuru yang dikenali sebagai King’s Cup 2022 di Chiang Mai pada 20 hingga 24 September 2022.

Selain itu, dalam perlawanan Piala AFF kelak, beliau akui ada dua pasukan yang akan memberi ancaman kepada skuad kebangsaan iaitu Vietnam dan Singapura.

Akan tetapi beliau menganggap kejohanan Thailand itu sebagai satu persediaan awal untuk pemain memperbaiki kelemahan yang ada supaya lebih fokus menghadapi pasukan lawan dalam saingan Piala AFF Disember ini.

Terdahulu, dalam undian Piala AFF yang berlangsung di Bangkok, semalam, Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam dengan Singapura, Myanmar dan Laos.

“Kita tahu Vietnam adalah pasukan yang kuat dan Singapura yang akan memberikan cabaran pada saingan Piala AFF pada Disember ini.”

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan kekuatan atau kelemahan pasukan lawan. Oleh itu, saya mahu menggunakan perlawanan di Thailand untuk memperkuatkan lagi pasukan.”

“Mungkin akan memanggil muka baharu untuk menyarung jersi Harimau Malaya dan mereka akan diuji pada perlawanan terbabit,” katanya kepada Harian Metro

Sebagai rekod, Malaysia pernah muncul juara dalam empat edisi King’s Cup iaitu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan 1978.