“Kim Pan-Gon Boleh Beri Dia Peluang” – Sulaiman Hussin
Harimau Malaya
FAM
Advertisements

Nama Ubaidullah Shamsul bukanlah nama yang asing buat peminat bola sepak tempatan apatah lagi pemian muda itu beraksi dengan baik bersama Terengganu FC musim ini.

Bekas pembantu jurulatih Kuching City FC, Sulaiman Hussin mempunyai pendapat beliau yang tersendiri mengenai kebolehan pemain muda berusia 20 tahun itu.

Bagi Sulaiman, beliau melihat Ubaidullah mempunyai keistimewaan sebagai pertahanan tengah moden yang selesa dengan bola.

Advertisements

“Saya tengok budak ni (Ubaidullah) adalah seorang pemain pertahanan tengah moden yang berani bermain dengan bola. Cuma dia perlukan partner yang boleh kawal dan main (serasi) dengan dia.

“Pertahanan tengah sekarang bukan kaki parap (terjah) saja. Dialah yang mulakan serangan. Saya harap Ubaidullah ni kekal firm, tidak terlalu dibuai-buai dengan pujian,” jelas Sulaiman dalam satu sesi Tiktok live.

Dalam masa yang sama, Sulaiman juga melihat Ubaidullah boleh pergi lebih jauh dalam karier bola sepak dan berpendapat jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon boleh memberikan Ubaidullah peluang beraksi bersama skuad kebangsaan.

Advertisements

“Saya rasa budak ni (Ubaidullah) boleh pergi jauh tapi proses pembangunan dan peluang dia perlu diatur dengan baik. Jangan terlalu cepat. Saya takut bila terlalu cepat, bila dia tak perform, takut dia down.

“Saya rasa Kim Pan-gon boleh bagi budak ni peluang tapi nak main kesebelasan utama mungkin belum lagi. Tapi peluang dan pendedahan boleh bagi. Secara peribadi, saya rasa budak ni ada something special,” katanya lagi.

Ubaidullah musim ini telah beraksi dalam 14 perlawanan bersama Terengganu dalam saingan domestik dan juga Piala AFC. Selain itu, Ubaidullah turut serta dalam skuad Terengganu FC II dan mengumpul 16 penampilan untuk saingan Piala MFL 2023 di mana Terengganu FC II menjadi juara

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram