Advertising
Kim Pan-gon Hantar Surat Tinggalkan Harimau Malaya?
MakanBola
FA Malaysia

Harimau Malaya bakal berdepan satu lagi tamparan hebat menjelang dua perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2026 pada Jun ini.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan jurulatih skuad senior negara, Kim Pan-gon dilaporkan mahu mengundurkan diri.

Ad

Meskipun masih memiliki baki kontrak setahun, Pan-gon dilaporkan sudah bersedia menghantar surat penamatan kontrak lebih awal.

Ad

“Jurulatih negara Kim Pan-gon dilapor mahu tinggalkan skuad Harimau Malaya. Difahamkan, pengendali dari Korea Selatan itu sudah hantar surat bersedia penamatan kontrak lebih awal ketika kontraknya berakhir hujung tahun depan,” katanya di X.

Sekiranya perkara ini berlaku, ini bakal merencatkan perancangan Harimau Malaya bila berdepan Kyrgyzstan dan Taiwan pada Jun ini.

Ad

Pan-gon dilantik sebagai jurulatih Harimau Malaya pada Januari 2022 menggantikan bekas pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe.

Ad

Selepas bergelar jurulatih skuad kebangsaan, beliau membawa masuk empat jurulatih termasuk E. Elavarasan dan Pau Marti Vicente sebagai penolong jurulatih.

Ad

Sentuhan Pan-gon menyaksikan Malaysia berjaya mara ke separuh akhir Piala AFF 2022 dan layak secara merit ke Piala Asia 2023.

Mengikut data terkini Transfermarkt, beliau membantu Harimau Malaya meraih 19 kemenangan daripada 33 perlawanan. Tempoh sama turut menyaksikan skuad negara seri empat kali dan tewas 10 kali.