Kim Pan-gon Intai Pemain Bawah 19 Tahun Perkuat Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Susulan kejayaan yang dikecapi skuad bawah 19 tahun negara di kempen Piala AFF tempoh hari, dikhabarkan beberapa orang pemain muda ini sedang diintai untuk diserap masuk ke kem Harimau Malaya.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu ciapannya di Twitter hari ini memaklumkan bahawa satu ataupun dua orang pemain dikatakan sedang berada dalam radar barisan kejurulatihan Harimau Malaya. 

Pemain muda yang akan terpilih ini bakal menjalani latihan pusat bersama kem senior negara di bawah kendalian Kim Pan-gon yang dijadualkan pada bulan September kelak.

Advertisements

Setelah pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon berjaya melayakkan diri ke pentas Piala Asia, kesungguhan serta kerja keras pasukan muda negara ini telah menambah episod bermakna arena bola sepak Malaysia untuk tahun 2022. 

Dua jaringan menerusi Faiz Amer Runnizar dan Aliff Izwan Yuslan telah memastikan skuad Harimau Muda ini dinobatkan sebagai juara Piala AFF B-19 dengan kemenangan bergaya, 2-0 keatas Laos. 

Wira-wira muda negara ini telah selamat mendarat ke Malaysia pada semalam. Mereka akan kembali pulang ke pangkuan kelab masing-masing untuk terus fokus, mengecapi kejayaan-kejayaan seterusnya bersama kelab.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram