Kim Pan-gon Jadikan Park Hang-seo & Shin Tae-yong Sebagai Sumber Inspirasi
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyifatkan dua rakan senegara, Park Hang-seo dan Shin Tae-yong sebagai sumber inspirasi beliau.

Pan-gon berpandangan sedemikian kerana kejayaan yang dilakar dua jurulatih itu masing-masing bersama Vietnam dan Indonesia.

Tempoh enam tahun Hang-seo bersama Pahlawan Bintang Emas menyaksikan Vietnam muncul juara Piala AFF edisi 2018. Selain itu, beliau juga turut membimbing skuad Vietnam Bawah 23 Tahun (B-23) meraih pingat emas Sukan SEA 2022 dan Piala AFF B-23 2022.

Advertisements

Sementara Shin Tae-yong pula berjaya membimbing Indonesia layak ke Piala Asia 2023 secara merit.

Kejayaan dua jurulatih Korea Selatan ini bukan saja menunjukkan kualiti jurulatih negara itu kepada dunia terutama di rantau Asia Tenggara.

Malah, Pan-gon percaya ini akan membuka jalan kepada jurulatih-jurulatih Korea Selatan untuk bergelar jurulatih di negara di mana tahap bola sepak dan persaingannya berkualiti tinggi.

Advertisements

“Jurulatih Korea Selatan amat popular di Asia Tenggara dan dikenali kerana kemahiran pembangunan dan keupayaan mereka mendapat keputusan yang diperlukan.

“Saya bangga dengan apa yang dilakukan Park Hang-seo dengan Vietnam dan Shin Tae-yong dengan Indonesia. Walaupun saya bekerja di Malaysia, saya bangga bergelar jurulatih yang mewakili Korea Selatan.

“Anda perlu mempunyai perasaan seperti anda dalam misi bagi mendapatkan keputusan yang bagus dan membuka jalan kepada jurulatih-jurulatih lain untuk ikut.

Advertisements

“Dan sekarang jurulatih-jurulatih Korea Selatan sudah bergiat aktif di Asia Tenggara, saya berharap dapat melihat rakan senegara saya mendapat peluang bekerja di negara-negara di mana tahap bola sepak dan persaingannya lebih tinggi,” katanya kepada FIFAPlus.

Pan-gon kini dalam rangka persiapan membantu Harimau Malaya ke Piala Asia 2023. Mereka bakal turun menentang Jordan pada awal pagi 16 Januari 2024 untuk aksi pertama Kumpulan E.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram