Ads
Kim Pan-gon Janjikan Skuad Menarik Di Asean Championship
Harimau Malaya
FA Malaysia

Jurulatih skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon berjanji akan membawa skuad mantap agar dapat bersaing dalam ASEAN Championship.

Advertisements

ASEAN Championship atau nama komersialnya, ASEAN Mitsubishi Electric Cup edisi 2024 menjanjikan cabaran berbeza buat skuad negara.

Advertisements

Cabutan undi kejohanan yang diadakan di Hanoi, Vietnam hari ini menyaksikan Malaysia berada dalam Kumpulan A. Selain Harimau Malaya, Thailand, Singapura dan Kemboja berada dalam kumpulan sama.

Advertisements
Advertisements

Sementara pemenang pusingan kelayakan antara Brunei Darussalam dan Timor Leste juga akan berada dalam Kumpulan A.

Meskipun Malaysia dilihat berada dalam kumpulan mudah, Pan-gon enggan memandang enteng cabaran semua pasukan dalam kumpulan itu.

Advertisements

Malah, beliau melihat ini sebagai batu asas untuk cuba menjadikan skuad negara sebagai pasukan terbaik kejohanan edisi kali ini.

“Satu undian yang menarik. Thailand juara Piala Mitsubishi edisi sebelumnya. Satu lagi pencabar ialah Singapura, negara jiran kita.

“Kita juga akan berdepan Kemboja dan satu lagi pasukan daripada pusingan kelayakan. Kita akan cuba jadi pasukan terbaik Piala Mitsubishi,” katanya menerusi satu hantaran video yang dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Harimau Malaya menamatkan kempen ASEAN Championship edisi 2022 di peringkat separuh akhir selepas tewas kepada penyandang juara, Thailand.

Pan-gon kini fokus membina skuad terbaik menjelang dua aksi terakhir kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan hadapan.

Advertisements

Malaysia bakal berdepan Kyrgyzstan di Bishkek pada 5 Jun. Selepas itu, skuad negara akan menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram