Kim Pan-gon Lanjut Kontrak Bersama Harimau Malaya
MakanBola
Changsuek

Berita gembira buat penyokong Harimau Malaya apabila Kim Pan-gon sah melanjutkan kontrak lanjutan selama 2 tahun selaku ketua jurulatih Malaysia.

Kontrak Kim Pan-gon bersama Harimau Malaya bakal tamat pada Januari tahun hadapan setelah beliau bersetuju menanda tangan kontrak 2 tahun bersama Malaysia pada awal Januari 2022 yang lalu.

Pelanjutan kontrak ini menyaksikan Kim Pan-gon akan membimbing pasukan Malaysia ke Piala Asia tahun hadapan dan juga bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 yang seterusnya.

Ad

Ditambah pula dengan prestasi semasa Harimau Malaya yang mengagumkan, maka tidak hairan kontrak ketua jurulatih ini disambung setelah berjaya memenangi hati para penyokong Malaysia.

Ad

Malah Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin turut mengakui lanjutan kontrak Kim Pan-gon sudah dipersetujui lebih awal dan merupakan sebahagian daripada perancangan FAM.

Magis Kim Pan-gon sekali lagi berhasil apabila berjaya mengatasi cabaran pertama menentang Kyrgyzstan dengan kemenangan dramatik 4-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ad

Skuad kebangsaan Malaysia kini dalam misi meraih sebanyak mungkin mata dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 sebelum fokus terhadap persiapan Piala Asia 2024.

Harimau Malaya seterusnya bakal bertandang ke Stadium Municipal Taipei untuk aksi kedua menentang Taiwan pada Selasa ini.