Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menyeru segala kudrat dan keyakinan untuk Harimau Malaya ‘mengamuk’ di Stadium Nasional Bukit Jalil berdepan Chinese Taipei.
Pengendali kelahiran Korea Selatan itu mencipta kejaiban apabila berjaya mengikat pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 1-1 di Bishkek.
Beliau memberitahu bahawa para pemainnya memperagakan aksi terbaik untuk berjuang tanpa beberapa tonggak utama.
“Sudah pasti kemenangan bakal menjadi lebih baik untuk kita tetapi lawan kami ialah Kyrgyzstan, beraksi pula di laman lawan. Kita mulakan perlawanan dengan baik hari ini namun aksi ini sentiasa sukar.
Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada ekor Harimau Malaya yang terbang jauh untuk memberi sokongan kepada barisan pejuang negara.
“Pada babak kedua, kita cuba menekan lawan dengan lebih baik. Apa-apa pun boleh terjadi tetapi saya menghargai usaha pemain untuk berjuang malam ini. Saya juga menghargai usaha para peminat Malaysia yang datang ke sini memberi sokongan,” jelasnya pada sesi sidang media selepas perlawanan.
Pan-gon juga telah menganalisis segala kekuatan lawan dan berupaya untuk mengekang segala perancangan lawan.
“Kita sudah melakukan analisis terperinci kerana Kyrgyzstan merupakan pasukan yang baik.
Beliau juga menyedari bahawa Kyrgyzstan merupakan pasukan yang baik namun optimis untuk berusaha sedaya upaya bagi memastikan skuad negara layak ke pusingan berikutnya.
Laungan keyakinan dizahirkan olehnya untuk membelasah Chinese Taipei di laman sendiri dengan penuh keazaman demi penyokong setia pasukan.
“Ya sayat sedar Malaysia memerlukan jumlah jaringan yang besar. Kamu (Kyrgyzstan) ada kelebihan lebih 8 gol. Kami akan cuba menjaringkan lebih 8 gol di Bukit Jalil (lawan Chinese Taipei). Kami juga ada kelebihan di laman sendiri. Jangan lupa bahawa kamu bolos 4 gol di sana,” jelas Pan-gon dengan begitu tegas.
Malaysia akan melayan kunjungan Chinese Taipei di SNBJ pada 11 Jun 2024 jam 9 malam.