Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menegaskan bahawa pasukannya akan turun bermati-matian berdepan Chinese Taipei.
Beliau menegaskan perkara itu ketika sesi sidang media pra-perlawanan yang berlangsung pada 10 Jun 2024 di Wisma FAM.
Keputusan untuk memanggil penyerang Sri Pahang, Sergio Aguero juga bagi menjayakan misi untuk mencari 8 jaringan di laman sendiri.
Katanya, beliau sedar misi besar menanti skuad negara namun sudah melakukan persiapan rapi bagi perjalanan para pemainnya.
“Kita seri dengan Kyrgyzstan, tekanan untuk kami dan perlu jaringan maksimum. Kita perlu jaringkan 7 gol minimum.
“Kami cuba menang di sana (Bishkek) tetapi kita perlu realistik menentang pasukan ke-100 dunia di tempat lawan. Kami tiada rekod baik di laman lawan tetapi masih cuba mencari kemenangan. Barisan kejuratihan menunggu sehingga minit ke-80 namun lihat ia sukar.
“Pasukan memilih untuk menjaga bahagian pertahanan lebih rapi. Malaysia ada rekod baik menentang lawan di gelanggang sendiri. Sungguhpun kekuatan kali ini berbeza, tetapi bukan mudah lawan mahu beraksi di Bukit Jalil.
Pan-gon berharap agar para penyokong turun berdepan lawan dan merealisasikan hasrat besar Harimau Malaya.
“Semua jurulatih datang sini untuk menang tetapi realitinya sukar. Kita akan menguasai sebahagian besar perlawanan esok kerana aksi ini penting. Kita masih ada harapan dan sasaran, jadi sukar untuk Chinese Taipei,” jelasnya di Wisma FAM.
Skuad kebangsaan sebelum inintelah menewaskan Chinese Taipei di laman lawan dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan pemain gantian, Darren Lok.
Malaysia kini menghuni tangga ke-3 Iumpulan D dengan 7 mata selepas 5 perlawaan hasil dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.
Aksi menentang Chinese Taipei akan berlangsung di SNBJ pada 11 Jun 2024 jam 9 malam.