Kim Pan-gon Mampu Pecah Rekod Di Taiwan
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon mampu mencipta sejarah sekali lagi menjelang aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Taiwan pada 21 November ini.

Sebelum ini Pan-gon berjaya memecahkan rekod 19 tahun membawa Malaysia menewaskan pasukan yang berada di ranking 100 ke atas iaitu Krygyzstan yang berada di ranking ke-97 dunia.

Advertisements

Kali terakhir Malaysia berjaya menewaskan pasukan yang berada di ranking 100 ke atas adalah pada 2004 iaitu ketika Malaysia menewaskan Indonesia yang pada ketika itu berada di ranking ke-94 dunia.

Bakal berdepan Taiwan, Kim Pan-gon mampu mencipta sejarah lagi seandainya Malaysia berjaya menewaskan pasukan tersebut. Rekod perlawanan sebelum ini menunjukkan Malaysia gagal memenangi sebarang aksi kedua-dua pasukan yang dilangsungkan di Taiwan.

Advertisements

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada tahun 2018 yang mana kedua-dua pasukan beraksi dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa. Perlawanan yang diadakan di Taiwan itu dimenangi oleh tuan rumah yang berjaya menewaskan Malaysia 2-0.

Advertisements

Manakala kali terakhir Malaysia berjaya menewaskan Taiwan adalah pada tahun 2011 iaitu 12 tahun yang lalu dalam Kelayakan Piala Dunia. Malaysia berjaya menang tipis 2-1

Di atas kertas, kelebihan sudah tentu menjadi milik Malaysia yang berada di ranking ke-130 dunia berbanding Taiwan yang berada di ranking ke-152 dunia. Namun Malaysia perlu berwaspada dengan helah Taiwan lebih-lebih lagi mereka telah tewas kepada Oman pada perlawanan sulung mereka.

Advertisements

Mampukah Kim Pan-gon mencipta sejarah sebagai jurulatih Harimau Malaya pertama yang menang di Taiwan? Ianya bakal dijawab pada 21 November ini.

News Comments Account