Kim Pan-gon Perkemas Filosopi & Corak Permainan Harimau Malaya
Dunia
FAM Official
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dalam satu kenyataan menganggap perlawanan persahabatan yang bakal berlangsung di Thailand pada September depan merupakan medan terbaik untuk menguji prestasi semasa kem kebangsaan.

Pengendali berusia 53 tahun itu menyambut baik jemputan Thailand untuk menyertai siri Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Chiang Mai, Thailand. Pan-gon menganggap ia merupakan satu persiapan yang bagus untuk skuad kebangsaan sebelum menghadapi kempen Piala AFF dan Piala Asia. 

“Selepas berjaya layak ke Piala Asia 2023 pada Jun lalu, kita perlu terus fokus dan memandang ke hadapan dengan permulaan dua perlawanan antarabangsa pada September ini, seterusnya Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 pada Disember untuk perjalanan persiapan bagi menghadapi Piala Asia, tahun depan.”

Advertisements

Kim Pan-gon dalam pada itu optimis untuk skuad negara berusaha memperoleh keputusan yang positif. Beliau yakin perlawanan ini bakal membantu dalam memperkemas lagi falsafah bola sepak Malaysia ke arah yang lebih sempurna. 

“Selain mahu mendapatkan keputusan positif daripada dua perlawanan di Chiang Mai nanti, saya mahu menggunakan peluang ini untuk memperkemaskan lagi corak dan filosopi permainan ke tahap yang lebih baik dan sempurna,” kata Kim Pan-gon

Siri persahabatan ini dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 26 September 2022. Malaysia bakal berdepan pasukan tuan rumah iaitu Thailand dan juga dua negara lain iaitu Tajikistan dan Trinidad & Tobago.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram