Advertisements
K. Rajagobal: Kim Pan-gon Perlu Nilai Pemain Sebaiknya
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Bekas pengendali skuad senior Malaysia, Datuk K. Rajagobal merasakan sudah tiba masanya Kim Pan-gon menilai kembali barisan pemain negara.

Pandangan itu diutarakan beliau selepas diminta mengulas kekalahan 2-0 Malaysia di tangan Oman baru-baru ini.

Dengan beberapa pemain saja yang menunjukkan prestasi baik dalam perlawanan itu, Rajagobal percaya hal ini akan mempengaruhi Pan-gon untuk melakar perancangan yang lebih baik selepas ini.

Ini termasuk menilai kembali siapa yang patut diturunkan dalam kesebelasan utama untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 seterusnya pada Jun ini.

“(Pemilihan pemain) itu keputusan jurulatih. Dia yang akan menilai siapa yang patut diturunkan selepas perlawanan pertama.

“Kadang-kadang kita kena ambil risiko dan dia macam Kim Pan-gon tahu apa yang perlu (diperbaiki) selepas perlawanan.

“Dia turunkan kesebelasan utama pada babak pertama. Adakah pemain itu sesuai? Mungkin kita kena fikir balik sama ada pasukan berada pada jalan yang betul atau kena fikir benda yang lain.

“Kerana keputusan baru-baru ini bukanlah keputusan yang kita harapkan bahawa dengan pasukan ini kita boleh pergi jauh,” katanya kepada Nadi Arena.

Malaysia selepas ini bakal berhadapan Kyrgyzstan pada 6 Jun sebelum menutup kempen Kumpulan D dengan menentang Taiwan pada 11 Jun.