Advertising
Kim Pan-gon Pernah Terima Tawaran Lumayan Di China
MakanBola
FA Malaysia

Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyatakan beliau pernah menerima tawaran yang lumayan di China.

Ketika sesi sidang media khas di Wisma FAM hari ini, Kim Pan-gon menjelaskan perletakan jawatan beliau bersama Malaysia adalah kerana faktor peribadi.

Pengendali berusia 55 tahun ini akui sedih untuk meninggalkan pasukan namun selepas mengambil kira beberapa faktor beliau terpaksa membuat keputusan tersebut.

Ad

Kim Pan-gon dalam pada itu menyatakan bahawa beliau pernah menerima satu tawaran yang lumayan di China pada Disember tahun lalu. Atas faktor komitmen bersama pasuakan, beliau menolak pelawaan tersebut dan kekal komited bersama Harimau Malaya.

Ad

“Disember tahun lalu saya mendapat tawaran lumayan di China. Namun saya tolak kerana mahu fokus membawa Malaysia di pentas Piala Asia,” ujar Kim Pan-gon.

Biarpun sebelum ini timbul banyak spekulasi yang mengaitkan beliau ke menyertai pasukan di Korea Selatan, namun Kim Pan-gon tampil menafikan berita tersebut.

Ad
Ad

Pada Jun 2022, Kim Pan-gon berjaya membawa Malaysia layak ke Piala Asia secara merit selepas 43 tahun & sejak itu, ranking Malaysia meningkat ke tangga ke-130 dalam ranking FIFA.