Kim Pan-gon Sasar Juarai Pestabola Merdeka
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Biarpun sedar berdepan cabaran sukar dalam Pestabola Merdeka 2023, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tetap mensasarkan untuk bergelar juara edisi ke-42 kejohanan itu.

Selain Malaysia, Pestabola Merdeka turut disertai oleh India, Palestin dan Lebanon. Atas kertas, Malaysia dilihat pasukan lemah dengan ranking ke-136 dunia jika dibandingkan Palestin, India dan Lebanon masing-masing menduduki tangga ke-96, 99 dan 100 dunia FIFA.

Namun begitu, Pan-gon percaya Harimau Malaya mampu melakar kejutan lebih-lebih lagi dengan sokongan padu penyokong tempatan yang teruja melihat kemajuan skuad negara.

Advertisements

“Walaupun kita menduduki ranking rendah dan pasukan-pasukan lain lebih kuat daripada kita, kita bermain di gelanggang sendiri.

“Kita akan manfaatkan sepenuhnya kelebihan ini dan mengharapkan rakyat Malaysia akan datang ke stadium untuk menyokong kita. Kita meletakkan sasaran mara ke final dan bergelar juara (Pestabola Merdeka 2023),” katanya kepada media selepas majlis undian pasukan Pestabola Merdeka 2023 yang diadakan pada 8 Ogos lalu.

Malaysia bakal berdepan India untuk aksi pertama Pestabola Merdeka 2023 pada 13 Oktober. Sekiranya berjaya meraih kemenangan, mereka akan menanti pemenang antara Lubnan dan Palestin sebagai lawan di pentas final yang diadakan pada 17 Oktober.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram