Advertising
Kim Pan-gon Sisih 5 Pemain Skuad Piala Asia
MakanBola
FA Malaysia

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah membuat keputusan untuk menyisihkan 5 pemain daripada skuad Piala Asia 2023 dalam panggilan 26 pemain kali ini.

Malaysia bakal mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.

Ad

Skuad kebangsaan kini dalam misi besar untuk meraih 6 mata lagi bagi menyalakan harapan untuk layak ke pusingan berikutnya.

Ad

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun memilih untuk menyisihkan 5 tonggak penting yany dibawa ke Piala Asia 2023 di Qatar.

Antara pemain yang tidak dipanggil dalam kempen kali ini ialah pertahanan tengah, Junior Eldstal dan juga Khuzaimi Piee.

Ad

Perancang tengah menyaksikan dua watak tidak dipanggil untuk memperkuat Harimau Malaya iaitu duo JDT, Afiq Fazail dan Natxo Insa.

Ad

Jentera serangan pula menyaksikan Mohamdou Sumareh tidak lagi mendapat tempat pada panggilan kali ini dengan 4 pemain seperti Romel Morales, Arif Aiman, Faisal Halim dan Azam Azmi tidak dipanggil ekoran kecederaan.

Ad

Terdapat beberapa muka baharu yang dipanggil bagi membawa cabaran negara iaitu Kalamullah Al-Hafiz, Adib Ra’op, Feroz Baharudin, Declan Lambert, Syafiq Ahmad dan Engku Syakir.

Skuad kebangsaan akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.

Perlawanan keenam pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.