Kim Pan-gon Tak Sabar Nak Tengok SNBJ ‘Melimpah’ Dengan Penyokong Setia Harimau Malaya
Dunia
FAM
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan negara, Kim Pan-gon menyeru para penyokong setia Harimau Malaya untuk terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kebangsaan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM), Harimau Malaya bakal berdepan dua lagi ujian sebelum menghadapi pentas sebenar Jun ini.

Pan-gon telah pun memuktamadkan keputusan untuk memilih bekas pasukannya, Hong Kong dan juga Myanmar bagi melihat kemampuan Harimau Malaya sebelum berlepas ke kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Advertisements

Pengendali berusia 52 tahun itu menegaskan, pemilihan kedua-dua negara ini juga sudah pun dinilai dan diteliti dengan rapi sebelum ia dimuktamadkan.

Mengulas lanjut, beliau mahu para penyokong setia Harimau Malaya untuk hadir bagi memberikan suntikan semangat kepada para pemain yang berjuang bermati-matian demi lencana di dada.

Pan-gon juga percaya semangat dan juga aura yang dibawa bakal membantu moral para pemain untuk tampil lebih bertenaga.

Advertisements

’Saya berharap agar kehadiran penyokong setia Harimau Malaya akan memberikan suntikan semangat.’

Malah, beliau juga mengakui impak Ultras Harimau Malaya yang sangat dahsyat dilihat sebagai satu bentuk motivasi untuk memacu pasukan meraih keputusan yang diinginkan.

’Ia membantu pasukan kita untuk terus tampil lebih bertenaga seterusnya memberikan keputusan yang positif serta kejayaan yang kita semua harapkan,’- Jelasnya.

Advertisements

Hong Kong yang kini berada pada kedudukan ke-147 sementara Myanmar yang berkedudukan ke-152 dunia bakal memberikan cabaran terbaik untuk menguji saingan yang diberikan oleh pasukan bimbingannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram