Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Kelebihan yang dimiliki Natxo Insa bakal dimanfaatkan Kim Pan-gon menjelang Piala Asia yang akan membuka tirai tidak lama lagi.

Advertisements

Kim Pan-gon yang ditemui ketika sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM pada Selasa berkata, pengalaman yang dimiliki pemain berusia 37 tahun itu sangat ditagih bagi menghadapi lawan yang lebih kuat.

”Saya jarang bercakap berkenaan pemain secara individu, tapi pemain baharu (Natxo Insa) ini akan membantu kita dari segi pengalaman dan menjana serangan”, ujar jurulatih berusia 54 tahun.

Advertisements

Selain Natxo Insa, Pengendali Harimau Malaya itu juga berharap kehadiran Romel Morales juga dapat menyumbang kepada kejayaan pasukan.

”Saya berharap mereka (Natxo dan Romel) dapat menyumbang kepada pasukan negara.

Advertisements

“Mereka juga sedar para penyokong memberi sokongan mereka dan mereka memutuskan untuk menyertai kita, saya yakin mereka akan mencuba yang terbaik untuk membantu pasukan“, tambah beliau lagi.

Anak-anak buah Kim Pan-gon akan membuka tirai aksi kumpulan di Piala Asia berdepan Jordan dan Bahrain sebelum menentang jaguh Korea Selatan pada perlawanan terakhir.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram