Ads
Kim Pan-gon Tekad Kekalkan Penguasaan Trofi Ulsan HD
Asia
Ulsan HD FC

Bekas jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu mengekalkan penguasaan trofi kelab barunya, Ulsan HD.

Advertisements

Hasrat itu dinyatakan jurulatih berusia 55 tahun itu dalam satu sidang media khas yang diadakan pada 5 Ogos lalu.

Advertisements

Tempoh empat tahun di bawah kendalian Hong Myung-bo menyaksikan The Tigers bukan saja bergelar juara K-League 1 pada 2022 dan 2023. Malah, pasukan itu turut bergelar juara Liga Juara-Juara AFC (ACL) edisi 2020.

Advertisements
Advertisements

Atas sebab itu, Pan-gon mahu meneruskan tradisi kecemerlangan yang ditinggalkan legenda Korea Selatan itu. Ini ditambah dengan kelab itu bakal bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan Kejohanan Kelab Dunia FIFA 2025.

“Ulsan telah memenangi kejuaraan liga dan Korean Cup. Pasukan ini juga telah meraih gol kemenangan dalam ACL (edisi 2020). Itu antara sebab (saya) membuat keputusan ini.

Advertisements

“Kejohanan Kelab Dunia FIFA juga merupakan satu pemberi motivasi buat saya. Saya akan mencabar kejuaraan dan membantu anda melakukannya dengan berjaya,” katanya seperti yang dilaporkan Sports Chosun.

Selepas Myung-bo meninggalkan Ulsan untuk mengambil alih peranan jurulatih Korea Selatan, bekas jurulatih Hong Kong itu dipilih sebagai pengganti.

Sentuhan Pan-gon ditagih untuk mengembalikan pasukan itu di landasan kemenangan. Ini kerana kelab itu tewas kepada Jeonbuk Hyundai Motors dan Jeju United dalam dua aksi terakhir liga.

Advertisements

Beliau bakal membuat penampilan pertama bersama Ulsan apabila pasukan itu turun menentang Daegu FC pada 10 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram