Kim Sang-sik Sah Jurulatih Baharu Vietnam
Asia Tenggara
Jeonbuk Hyundai Motors
Advertisements

Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mengesahkan jurulatih Korea Selatan, Kim Sang-sik sebagai jurulatih baharu skuad senior Vietnam.

Pengumuman ini disiarkan di laman sesawang rasmi VFF hari ini. Perlantikan ini menjadikan beliau jurulatih Korea Selatan kedua yang melatih Vietnam selepas rakan senegara, Park Hang-seo.

“Selepas meneliti dan menyemak profil calon dengan segera, VFF telah melancarkan hubungan dengan calon berpotensi untuk jawatan ketua jurulatih skuad senior Vietnam dan skuad Vietnam Bawah 23 Tahun (B-23) termasuk Kim Sang-sik.

Advertisements

“Atas semangat kerjasama, VFF dan jurulatih Kim Sang-sik membincangkan strategi untuk membangunkan pasukan bola sepak kebangsaan Vietnam dan mencapai persetujuan bersama mengenai kontrak 2 tahun.

“Majlis menandatangani kontrak dan pengumuman ketua jurulatih baharu skuad senior dan skuad B-23 akan diadakan pada 6 Mei 2024, di ibu pejabat VFF di Hanoi.

Advertisements

“Tugas pertama jurulatih Kim Sang-sik ialah mengetuai pasukan Vietnam untuk melengkapkan baki dua perlawanan pada pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2026 menentang Filipina (6 Jun) di Stadium My Dinh dan Iraq (12 Jun) di tempat lawan,” kata VFF dalam satu kenyataan.

Jurulatih Korea Selatan itu dibawa masuk menggantikan jurulatih Vietnam sebelumnya dari Perancis, Philippe Troussier.

Advertisements

Troussier menggalas peranan sebagai jurulatih Pahlawan Bintang Emas dari 2023 sehingga akhir Mac lalu. Beliau dipecat susulan prestasi kurang memberangsangkan Vietnam dalam saingan Piala Asia 2023 dan kelayakan Piala Dunia 2026.

Sang-sik dikenali selepas membimbing Jeonbuk Hyundai Motors bergelar juara K-League 1 musim 2021 dan juara Korean FA Cup musim 2022.

Advertisements

Walau bagaimanapun, prestasi kurang memberangsangkan Jeonbuk pada musim 2023 menyebabkan pasukan itu melepaskan khidmat beliau. Lantaran itu, Dan Petrescu dibawa masuk sebagai pengganti.

Sang-sik dijangka membawa barisan penolong jurulatih untuk membantunya sepanjang bergelar jurulatih Pahlawan Bintang Emas.

Menurut portal The Thao 247, dua nama dijangka dikenali peminat bola sepak Vietnam iaitu Lee Yong-jin dan Le Huy Khoa.

Sebelum ini, kedua-duanya masing-masing pernah berkhidmat sebagai penolong jurulatih dan penterjemah Hang-seo. Sang-sik dijangka menggunakan kepakaran mereka dalam kapasiti yang berbeza.

Ujian pertama beliau sebagai jurulatih Vietnam ialah dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada Jun ini.

Vietnam akan turun menentang Filipina di Stadium Nasional My Dinh pada 6 Jun sebelum menutup kempen dengan menentang Iraq pada 12 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram