King’s Cup: Chanathip Songkrasin Pimpin Thailand Ke Final, Tumpaskan Filipina
MakanBola
FA Thailand
Sponsors

Aksi saingan King’s Cup malam ini menyaksikan Tuan Rumah, Thailand tepati ramalan layak ke pentas final selepas menewaskan Filipina. 

Skuad kendalian Masatada Ishii menurunkan kesebelasan terbaik seperti Chanatip Songkrasin dan Elias Dolah sementara Filipina dibarisi arkitek tengah Terengganu, Manuel Ott dan bekas penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza. 

Ad
Sponsors

Perlawanan bermula kurang baik kerana kedaan hujan yang sangat lebat menyebabkan pergerakan bola terggangu. Aksi terpaksa dihentikan seketika. 

Ad

Separuh masa pertama tiada jaringan dapat dihasilkan oleh kedua buah pasukan. Kedua-duanya buntu. 

Pada minit ke-53, ketua pasukan Thailand, Chanatip Songkrasin membuka jaringan pertama pasukan. 

Ad

Selang 10 minit permainan, pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan penyerang, Bjorn Martin Kristensen. 

Ad

Pada minit ke-68 permainan, wonderkid Thailand, Suphanat Mueanta menghadiahkan gol kedua pasukan selepas mudah menanduk masuk hantaran lintang daripada rakan sepasukan.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by ช้างศึก ฟุตบอลทีมชาติไทย 🇹🇭 (@changsuek)

Pertahan Filipina, Amani Aguindo dilayangkan kad kuning kedua perlawanan selepas mengasari pemain Thailand. Pada minit ke-76 permainan, Filipina mula beraksi dengan 10 pemain.

Suphanat Mueanta terud menyerlah apabila menggandakan jaringan ketiga Thailand selepas gerakan menarik yang dibuat bersama Supachai Chaided pada minit ke-87 permainan.

Thailand mara ke pentas Final selasa depan pada 14 Oktober bertemu Syria bagi aksi King’s Cup edisi 2024.