King’s Cup: Thailand Muncul Juara, Hampakan Syria Saat Akhir
MakanBola
Changsuek
Sponsors

Pasukan Thailand merangkul gelaran juara King’s Cup 2024 selepas menewaskan Syria di pentas final.

Skuad kendalian Masatada Ishii membariskan skuad terbaik dengan mempertaruhkan Chanathip Songkrasin, Suphanat Muenta dan Ekanit Panya di bahagian serangan.

Ad
Sponsors

Aksi di babak pertama menyaksikan pasukan tuan rumah, Thailand mendominasi permainan dengan sangat baik apabila berjaya mendahului dengan keputusan 1-0.

Ad

Jaringan Ekanit Panya selepas memanfaatkan hantaran lintang daripada bek kanan, Nicholas Mickelson memastikan gol pembukaan perlawanan dijaringkan pada minit ke-44 permainan.

Bersambung aksi di separuh masa kedua, Syria berjaya memecah kebuntuan untuk gol pertama skuad kendalian Jose Lana selepas jaringan terhasil pada minit ke-53 permainan.

Ad

Pemain tengah Syria, Ezequiel Ham memanfaatkan kesilapan yang dilakukan pertahanan lawan, Sasalak Haiprakhon dengan mencatat nama sebagai penjaring untuk gol penyamaan.

Ad

Selepas keputusan terikat 1-1, perlawanan dilihat semakin tegang apabila Thailand banyak melancarkan serangan ke kubu Syria. Pertahanan Syria bagaimanapun kekal berdisiplin mengelak daripada dibolosi pasukan lawan.

Ad

Kekebalan itu tidak bertahan lama, kapten pasukan Thailand, Chanathip Songkrasin muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan. Rembatan kencang dari luar kotak penalri menerusi Chanathip memastikan trofi King’s Cup edisi 2024 menjadi milik Thailand.

Aksi tamat, Thailand muncul juara selepas mencatat kemenangan bergaya menewaskan Syria dengan keputusan 2-1.

Kemenangan ini juga memastikan gelaran ke-16 buat Thailand dalam kejohanan ini selepas kali terakhir Thailand bergelar juara adalah pada tahun 2017. Selepas tujuh tahun penantian, akhirnya Thailand berjaya meraih kejuaraan pada edisi kali ini.