Kisah Kejam Mourinho Singkir Bastian Schweinsteiger Di Man United
MakanBola
Manchester United
Sponsors

Bastian Schweinsteiger baru-baru ini telah berkongsikan kisah hubungan anehnya dengan Jose Mourinho sehingga memaksa dirinya meninggalkan Manchester United.

Pemain tengah kelahiran Jerman itu menyertai United pada Julai 2015 dan sempat bermain hampir dua musim untuk The Red Devils.

Ad

Namun kehadiran Jose Mourinho yang menggantikan Louis Van Gaal telah mengubah nasib Bastian Schweinsteiger apabila dirinya disingkirkan dari skuad utama tanpa sebarang alasan kukuh.

Ad

Dalam temu bual bersama Gary Neville, Schweinsteiger telah menceritakan momen ketika dirinya dilarang memasuki bilik persalinan skuad utama Manchester United dan disuruh berlatih dengan pasukan bawah 16 tahun.

“Sehari selepas hari jadi saya ketika memasuki Carrington, John Murtough yang ketika itu pengarah pembangunan kelab berkata saya tak dibenarkan memasuki bilik persalinan atas arahan jurulatih.

Ad

“Tiada amaran, saya hanya berdiri di situ dan Murtough memberitahu saya. Saya rasa dia sukar untuk memberitahu saya perkara itu. Jadi saya ke bilik persalinan remaja dan berlatih dengan skuad bawah 16 tahun. Saya meminta Murtough membawa barangan latihan saya.

Ad

“Saya berjumpa Mourinho pada waktu tengah hari. Dia memberitahu saya kelihatan tidak gembira di United kerana ketika saya cedera saya pilih untuk menjalani pemulihan dengan doktor Jerman.” ujar Schweinsteiger.

Ad

Pemain tengah itu berpendapat keputusan beliau memilih doktor dari Jerman menyebabkan dirinya kelihatan tidak komited untuk kelab sedangkan Van Gaal sebelum ini bersetuju membenarkan Schweinsteiger kembali ke Jerman untuk menerima rawatan.

Malangnya Van Gaal dipecat walaupun berjaya memenangi Piala FA dan Jose Mourinho hadir sebagai pengganti ketua jurulatih United pada musim seterusnya.

“Selama tiga bulan saya berlatih sendirian tanpa berlatih dengan skuad utama. Saya rasa itu cara mereka mahu singkirkan saya tetapi ketika itu saya benar-benar gembira di United.

“Rakan sepasukan juga tidak faham tentang keputusan itu dan saya juga tak pernah berjumpa dengan mereka. Saya sedih dengan layanan itu tetapi saya bukan orang yang akan pergi ke pihak media dan mengeluh tentang keadaan tersebut.

“Saya tahu itu bukan keputusan Jose saja tetapi pihak pengurusan juga terlibat menurut firasat saya kerana Jose menghormati saya selaku seorang pemain bola sepak.” tambahnya lagi.

Selepas tiga bulan diasingkan Schweinsteiger kembali berlatih dengan pasukan utama ekoran prestasi United yang sedang bergelut ketika itu.

Schweinsteiger kemudian memberitahu Jose Mourinho telah meminta maaf kepadanya atas layanan buruk itu ketika beliau meminta kebenaran untuk menyertai kelab Amerika, Chicago Fire FC.

Pemain kelahiran Jerman itu berpindah ke Amerika pada Mac 2017 setelah semusim setengah bergelar pemain Manchester United.