Kisah Sir Alex Ferguson Masuk Sebagai Pemain Gantian Untuk Bela Nasib Pemainnya Sendiri
Trivia
Advertisements

Kelab Liga Scotland, St Mirren menjadi destinasi kedua Sir Alex Ferguson (SAF) sebagai pengurus pada tahun 1974 selepas menjadi pelatih separuh masa di pasukan East Stirlingshire dengan gaji sebanyak 40 GBP seminggu. Walaupun beliau setia bersama East Stirlingshire, Sir Alex Ferguson akhirnya menerima tawaran daripada St Mirren setelah mendapat nasihat daripada pengurus lagenda Celtic, Jock Stein yang juga mentor kepada Sir Alex Ferguson.

Sepanjang menjadi pengurus St Mirren selama empat tahun, terdapat satu peristiwa menarik yang terjadi pada satu pertandingan pra-musim pada tahun 1976 di Kepulauan Caribbean. Ketika itu, Sir Alex Ferguson membawa pasukan St Mirren yang ketika itu rata-ratanya dipenuhi dengan pemain muda ke pertandingan pra-musim di Kepulauan Caribbean selama tiga minggu.

Lawatan pra-musim tersebut bermula dengan baik dan tenang sehinggalah tiba saat St Mirren menentang pasukan kebangsaan Guyana yang ketika itu sedang bersiap untuk kualifikasi Piala Dunia. Berbanding lawan sebelumnya, pasukan Guyana tidak sama sekali menganggap perlawanan menentang St Mirren sebagai perlawanan persahabatan. Sebaik sahaja perlawanan bermula, pertahanan tengah Guyana selalu sahaja membuat kekasaran terhadap penyerang muda St Mirren, Robert Torrance sehingga membuat Sir Alex Ferguson menjadi marah.dan memprotes kepada pengadil dari tepi padang.

Advertisements

Namun, kemarahan Sir Alex tidak lagi dapat debendung setelah perlawanan bermula pada separuh masa kedua kerana Torrance kembali dikasari oleh pertahanan oleh pertahanan Guyana membuatkan beliau memutuskan untuk masuk sebagai pemain dan memberikan pengajaran kepada pemain Guyana tersebut.

Beliau dan pembantunya, David Povan yang merupakan bekas penyerang Rangers FC akhirnya masuk sebagai pemain dan Sir Alex mendapat satu kesempatan untuk membalas dendam terhadap pertahanan tengah Guyana tersebut sehingga membuatkan pemain tersebut mengerang kesakitan. Beliau kemudiannya sekali lagi secara sengaja melakukan kekasaran terhadap pemain tersebut sehingga cedera dan tidak dapat meneruskan permainan. Pengadil kemudiannya akhirnya mengusir Sir Alex daripada padang.

Setelah pertandingan selesai, Sir Alex meminta pemain-pemainnya untuk jangan memberitahu sesiapa tentang perkara tersebut atau mereka akan didenda keras oleh beliau. Sir Alex Ferguson sememangnnya dikenali sebagai seorang yang tegas, berdisiplin dan juga panas baran. Bobby McCulley, penyerang yang pernah dilatih oleh beliau ketika di East Stirlingshire pernah berkata, “Saya tidak pernah takut kepada sesiapa sebelum ini tetapi Ferguson adalah insan yang sangat mengerikan”.

Advertisements

Setelah empat tahun di St Mirren, Ferguson meninggalkan kelab tersebut setelah dipecat. Beliau kemudiannya meneruskan kariernya sebagai pengurus di Aberdeen FC selama 8 tahun sebelum menjadi pengurus lagenda di Manchester United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram