“Kita Akan Cuba Dan Terus Mencuba” – Tomas Trucha
MakanBola
Kelantan United FC
Sponsors

Semalam, Kelantan United kecewa lagi apabila tewas tipis 3-2 kepada Kedah dalam aksi Liga Super. Walaupun gagal lagi buat kali keempat, bagi jurulatih mereka, Tomas Trucha, kesungguhan yang ditampilkan anak-anak buahnya semalam menyakinkannya kemenangan bakal diraih tidak lama lagi.

Devid Silva terlebih dahulu meletakkan Kelantan United di hadapan pada minit ke-24. Kedah kemudiannya menyumbat dua gol menerusi Willian Lira dan penalti Manuel Hidalgo.

Ad

Mereka menambah gol ketiga menerusi Al-Hafiz Harun pada babak kedua. Walaupun Kijang Hijau merapatkan kedudukan menerusi penalti Yan Victor, itu masih tidak cukup untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata.

Ad

Di sebalik kekalahan terbaru ini, Trucha melihat kesungguhan para pemain sebagai memuaskan. Dan beliau percaya sekiranya jentera serangan berfungsi lebih baik, Kelantan United berupaya menyaingi pasukan lain dalam liga.

“Kita boleh cuba dan terus mencuba. Anda tahu ada yang tewas 7-0 (kekalahan Negeri Sembilan), ada yang tewas 5-0 (Kuching City) dan ada juga tewas 1-0. Bila kita menentang Sabah (kekalahan 3-1 di tangan tuan rumah), kita main untuk menang, bukan untuk kalah.

Ad

“Kita bukannya tewas banyak kali, jadi pertahanan bukan satu isu. Bagi saya, masalah kita yang sebenar ialah macam mana nak menjaringkan gol.

Ad

“Saya gembira kita jaringkan dua gol (hari ini), satu menerusi penalti dan satu lagi semasa perlawanan. Jika kita terus lakukan apa yang kita buat dan penyerang kita beraksi lebih baik, kita dapat bermain dengan lebih baik,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan semalam.

Ad

Bekas jurulatih Penang itu juga percaya anak-anak buahnya ada kualiti untuk mengelak penyingkiran dari Liga Super pada akhir musim. Kuncinya ialah memastikan barisan pemain terutama penyerang menyumbang kepada kejayaan pasukan.

“Saya percaya pasukan ini tidak akan tersingkir kerana pasukan ini ada kualiti dan ia akan dibuktikan menerusi keputusan perlawanan (seterusnya),” tambahnya.