“Kita Masih Di Sini, Tahan Bola Naik Sampai Ke Hidung” – Sulaiman Hussin
MakanBola
KLFA
Sponsors

Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Sulaiman Hussin memberi pandangannya mengenai kejayaan pasukan muda Indonesia yang layak ke Piala Dunia Bawah 17 tahun, baru-baru ini.

Sebagai info, Indonesia telah layak ke Piala Dunia Bawah 17 tahun selepas sah layak ke suku akhir Piala Asia B-17 2025 dengan kini menduduki tangga teratas Kumpulan C. Ianya disahkan selepas Indonesia mraih kemenangan kedua dengan menewaskan Yaman 4-1.

Ad

Pada aksi sulung, Indonesia telah mencipta kejutan menewaskan pasukan gergasi, Korea Selatan dengan keputusan 1-0.

Ad

“Dan kita masih di sini mencari apa tournament cap ayam nak masuk minggu depan. Almari hadiah belum penuh lagi. Tahan bola masih naik sampai ke hidung,” coret Sulaiman di laman Facebook beliau sambil meletakkan foto skuad bawah 17 Indonesia.

Malaysia gagal layak beraksi di Piala Asia U-17 selepas hanya mengumpul satu mata dalam saingan Kumpulan H pada pusingan kelayakan.

Ad

Hanya tiga negara Asia Tenggara yang berjaya lolos ke Piala Asia U-17 kali ini iaitu Thailand, Vietnam dan Indonesia. Dengan Thailand yang sah tersingkir, kini hanya tinggal Vietnam yang masih berpeluang layak ke Piala Dunia U-17.

Ad

Indonesia kini hanya perlu melengkapkan jadual peringkat kumpulan dengan aksi terakhir bertemu Afghanistan pada 10 April sebelum ke suku akhir.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments