KL City Berdepan Halangan Selesaikan Hutang Lapuk
MakanBola
KL City FC

KL City FC berdepan halangan untuk menyelesaikan hutang lapuk yang ditanggung pasukan itu.

Ini kerana pasukan itu perlu membuat potongan pada belanjawan mereka sebagai persediaan menghadapi musim 2025/26.

Perkara ini didedahkan sendiri kapten The City Boys, Paulo Josue selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar.

“Mereka hanya berbincang tentang memotong bajet. Ianya sukar apabila anda mencapai tahap maksimum, saya boleh bercakap tentang diri saya. Saya mengharungi musim terbaik saya,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

“Apabila saya berjumpa dengan seseorang dari pihak pengurusan, mereka beritahu musim depan, bajet pasukan akan dipotong.

“Saya tak dapat mendengar kerana saya telah mengharungi musim terbaik saya. Daripada tawarkan saya kenaikan gaji atau kontrak yang lebih baik, mereka beritahu akan potong bajet dan harap saya akan faham.”

Sebelum ini, KL City memaklumkan akan berusaha menyelesaikan baki tunggakan yang ditinggalkan pengurusan lama.